Selasa, 3 Julai 2012

Kehamilan

Posted by Suzana at 12:07 PTG
Hindari 6 Perkara di Akhir Kehamilan.

1. Terjatuh
    Sewaktu mahu mengambil barang terjatuh, jangan terus membongkok. Sebaliknya lipat sedikit kedua 
    belah kaki dan berada dalam posisi mengcangkuk. Cara ini anda dapat mengurangkan risiko 
    membongkok dan terjatuh. 

2. Pedih Pada Tubuh
    Keadaan pedih pada tubuh itu boleh dialami di bahagian bahu, pinggang dan punggung. Oleh itu, ketika
    bekerja pastikan postur tubuh berada dalam keadaan yang betul. Ketika duduk, pastikan posisinya tepat
    dan anda berasa selesa dengan kedudukan itu. Pastikan posisinya tepat dan anda berasa selesa dengan  
    kedudukan itu. Pastikan juga tiada tekanan di bahagian punggung dan pinggang yang boleh menyebabkan
    anda berasa pedih dan nyilu.

3. Pedih Ulu Hati
    Tidak dinafikan wanita hamil akan mengalami keadaan pedih ulu hati. Jadi perhatikan posisi tubuh ketika 
    duduk, menulis mahupun membaca. Jangan sampai memberi tekanan kepada bahagian ulu hati. Ikuti polo
    pemakanan yang sesuai dengan sistem pencernaan buat wanita hamil. Elakkan makanan yang pedas, 
    tajam dan berangin yang boleh mengganggu istem pencernaan. Makan dengan jumlah yang kecil tetapi
    kerap dan makanlah buah-buahan segar.

4. Sakit Kepala
    Elakkan mengalami ketegangan sepanjang kehamilan. Apatah lagi sehingga ia menyebabkan anda hilang
    kawalan dan tumpuan sepanjang bekerja. Latih kemampuan untuk mengawal diri di saat sedang sibuk
    kerja. Latihan kerehatan amat berguna untuk anda. Jika terlalu lama melayari komputer, kalihkan seketika
    pandangan anda di luar atau berjalan-jalan di sekitar ruang kerja anda.

5. Pengsan
    Sekiranya pekerjaan anda memerlukan anda berdiri atau menuruni tangga ketika hamil, tidak salah untuk
    mengajukan permohonan untuk berpindah seketika di bahagian lain yang lebih selesa untuk anda. Ia bagi
    menjaga kelancaran aliran darah pada kaki. Ketika berdiri yang terlalu memberi tumpuan pada sebelah
    kaki untuk tempoh yang lama. Sebaiknya gunakan kasut rendah. Anda juga perlu mengelakkan diri
    daripada diserang anemia. Justeru, ambil makanan seimbang yang kaya zat mineral.

6. Sesak Nafas
    Elakkan keadaan ini dengan rehat seketika sewaktu anda bekerja. Tarik nafas panjang dan perlahan-
    lahan sambil membayangkan udara segar memenuhi seluruh sel tubuh anda sampailah ke janin, lalu
    hembuskan kembali sambil merehatkan seluruh otot. Lakukan senaman regangan yang ringan ketika
   duduk dan berdiri. Misalnya dengan memalingkan bahagian leher dan memusingkan bahu atau mengangkat
   kedua belah tangan ke atas dan menariknya ke bahagian sisi badan.


** petikan daripada catatan kehamilan Majalah Wanita**


 

MybabyKu Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez