Ahad, 12 Jun 2011

Tips Ibu Dalam Pantang

Posted by Suzana at 5:18 PTG

  • Mandi waktu pagi dengan menggunakan air rebusan daun-daun kayu seperti daun pandan,inai, serai wangi, daun lengkuas.

  • Selepas mandi sapukan badan dengan minyak yang panas seperti param.

  • Tungku sekurang-kurangnya 3 kali sehari iaitu pagi, petang dan malam.

  • Selepas bertungku pakailah barut biasa atau barut yang diisi herba untuk mengecutkan bahagian rahim dan urat.


  • Air minum tidak boleh lebih atau kurang, sekiranya kurang akan mengakibatkan sembelit dan kulit menjadi kering. Jikalau lebih akan mengakibatkan luka lambat sembuh.

  • Basuh bahagian luka dengan air asam keping/gelugur yang direndam dengan air panas. Basuh bahagian luka semasa air masih suam. Insya-Allah luka akan cepat sembuh dan tidak ada kegatalan.

  • Makan ubat yang diberikan oleh doktor terlebih dahulu kemudian barulah makan ubat-ubatan tradisional.
 

MybabyKu Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez