Ahad, 19 Jun 2011

Tips Penjagaan Bayi

Posted by Suzana at 10:23 PG

  • Cuci pakaian yang baru dibeli atau yang sediada untuk mengelakkan dari jangkitan kuman kerana kulit bayi adalah sensitif.


  • Mandikan bayi dengan air suam2 kuku untuk mengelakkan bayi kesejukkan.


  • Selesai mandi lapkan tali pusat bayi sehingga kering, kemudian disapu dengan ubat yang diberikan doktor


  • Sapukan minyak telon @ minyak angin ke perut, ari-ari, betis, belakang dan tapak kaki bayi kerana ia dapat menghangatkan bayi selepas mandi dan boleh mengelakkan bayi dari kembung.


  • Pakaikan barut bayi ikat dengan kemas dan jgn terlalu ketat kerana boleh menyebabkan kesakitan pada bayi.


  • Bagi ibu-ibu yang memakaikan bayi dengan lampin pakai buang, hendaklah sentiasa peka dan menukar lampin pakai buang bayi tersebut. Jangan biarkan bayi anda dalam dalam kebasahan kerana ia boleh mengakibatkan ruam lampin.


  • Pakaikan pakaian kepada bayi anda. Jangan biarkan bayi dalam kesejukkan.


  • Bedungkan bayi anda supaya ia dapat tidur dengan nyenyak tanpa terkejut.


  • Rebus/rendam botol susu bayi anda ke dalam air panas untuk mematikan kuman/bakteria yang terdapat dalam botol tersebut.


  • Puting botol susu hendaklah sentiasa digantikan selalu untuk mengelakkan bayi terkena ulser mulut.

 

MybabyKu Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez